Sejarah Perkembangan Ilmu Kimia.
Nama Kimia berasal dari bahasa Arab, iaitu al-Kimya yang bermakna perubahan jirim. Ilmu kimia juga termasuk salah satu pengetahuan yang dikembangkan oleh kaum muslim. Kemajuan yang dicapai Barat pada mulanya bersumber dari peradaban Islam. Dalam bidang ini berdasarkan peradaban Islam memperkenalkan eksperimen berobjektif. Hal ini merupakan suatu pembaikkan yang baik dari cara spekulasi yang menjadi samar-samar dari masyarkat Yunani. Antara tokoh kimia iaitu Jabir bin Hayyan, yang dikenali di barat dengan nama Geber. Beliau adalah dilaporkan orang pertama yang menemui ilmu kimia. Ilmuan Arab Parsi Abu Musa Jabir ibn Hayyan al-Barqi al-Azdi mempelopori ilmu kimia. Beliau lahir di Thus, Khurasan, Iran pada 721 Masehi dan wafat pada tahun 815 Masehi.
Juga dikenali sebagai “Geber” di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai “Bapa Kimia”. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja’afar Sadiq dan putera Ummayyyah iaitu Khalid ibn Yazid, yang juga terkenal sebagai ahli alkimia. Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Wazir Barmaki semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rasyid. Jabir Ibn Haiyan meninggal dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 M.
Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia. Beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang kimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi. Karya beliau berjaya menghasilkan 190 karya, 112 karya untuk gurunya (Barmaki), 70 karya pembahasan dari sudut falsafah, kimia perubatan dan alam. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia. Kitab-kitab karangan beliau ialah Kitab al-Kimya dan Kitab al-sab’een. Karyanya yang paling masyhur dan berpengaruh ialah Kitab al-Kimya (Bahasa Arab: كتاب الكيمياء). Sebagai seorang muslim yang taat, Jabir mengaitkan pemikiran yang dihasilkan dengan agama. Al-kimya adalah sebuah kitab terkenal dan banyak digunakan sebagai rujukan. Terjemahan kitab al-Kimya diterbitkan oleh Robert Chester pada tahun 1444 dengan tajuk The Book of the Composition of Alchemy. Jabir Ibnu Hayyan telah mampu mengubah persepsi tentang berbagai kejadian alam yang pada saat itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dijangka.
Beliau juga telah menemukan zat galian dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya (al-anbiq) yang pertama. Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan, distilasi, kalsinasi, sublimasi, pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia. Sumbangan beliau dalam ilmu kimia adalah menyempurnakan pendekatan saintifik dalam skop sublimasi, penguapan, pencairan, kristalisasi, pembuatan kapur, penyulingan, pencelupan dan pemurnian.
Peralatan yang digunakan ialah pemotong, pelebur dan pengkristal. Meletakkan dasar teori sematan atau fiksasi dan oksidasi-reduksi. Penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik dan tartarik.
Pembuatan kertas yang tidak terbakar (non-flammable).
Penghasilan satu saduran lapisan menglakkan daripada besi berkarat.
Penyelidikan sejenis cecair yang dikenali sebagai soda kaustik Algatron.
Penemuan alkali, cecair perak dan mendahului ilmuan Eropah dalam mendefinasikan garam dan air, amonia, kalium karbonat, emas, minyak, serta asid sulfurik.
Jabir membahagikan bahan menjadi 3 kategori.
1. Air: pengaruh penguapan pada proses pemanasan. Contohnya, bahan kapur barus, arsenik, amonium klorida dan sulfur.
2. Logam. Contohnya: emas, perak, timah, tembaga dan besi.
3. Batuan: bahan mineral yang tidak dapat ditempa dan dapat ditukar menjadi serbuk. Contohnya: batu dan arang.
Ilmu Kimia
Ilmu kimia secara ringkasnya dapat dimaksudkan sebagai ilmu yang mempelajari tindak balas atau perubahan jirim (benda-benda) iaitu perubahan jirim kepada bentuk jirim yang lain. Secara lengkapnya, ilmu kimia adalah ilmu yang mempelajari tentang susunan, struktur, sifat serta perubahan tenaga yang terlibat dalam perubahan suatu zat atau jirim. Zat atau jirim itu sendiri adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Secara asasnya ilmu kimia adalah bagaimana satu benda itu boleh dilihat perubahan bentuknya, mahupun susunan zarah-zarah menjadi bentuk yang lain sehingga proses deformasi, perubahan susunan ini mempengaruhi sifat-sifat yang berbeza dengan pembentukannya semula (reformasi).
Kaedah saintifik (ilmiah).
Tujuanya ialah untuk mendapatkan pengetahuan ilmiah.
Kelebihannya ialah untuk mengetahui cara penulisan ilmiah, dapat menyusun fakta yang nyata dengan data tersusun secara sistematik, menggunakan teknik yang cepat dan tepat dalam menyusun sebuah laporan ilmiah.
Kaedah saintifik dapat memupuk sikap ilmiah, ingin tahu, kritis, objektif, inkuiri penemuan, menghargai hasil kajian orang lain, terbuka dan tekun.
Peranan ilmu kimia dalam kehidupan manusia.
Perubatan.
Pertanian.
Geologi.
Hukum.
Kejuruteraan.
Kejuruteraan sains gunaan – bahan-bahan yang digunakan dalam bidang ini adalah seperti simen, kayu, cat, paku, besi, pvc, aloi dan sebagainya. Semua bahan tersebut dihasilkan melalui kajian berdasarkan ilmu kimia. Manfaat ilmu kimia dalam perkara ini adalah bahan-bahan yang digunakan dapat diketahui kelebihan serta kekurangannya sehingga dapat meminimakan kesan buruknya pada kemudian hari serta dapat memaksimakan kelebihan sesuatu bahan.
Arkeologi – teknologi kimia radioisotop karbon – 14 untuk mengenal pasti usia (umur) fosil.
Kecantikan – berbagai produk kosmetik serta rawatan tubuh badan dan wajah menggunakan ilmu kimia.
Kegunaan lain –
1. Mengenalpasti tahap pencemaran udara.
2. Pembuatan komponen mikrocip dari logam silikon. Penemuan unsur silikon telah membantu sistem kerja teknologi maklumat yang memerlukan kelajuan untuk keberkesanan kerja. Mikrocip, komputer, kalkulator dan transistor juga merupakan bahan-bahan yang diolah dengan teknologi berdasarkan kimia gunaan bahan. Termasuk bahan-bahan untuk keyboard, monitor, sambungan telefon, telefon pintar dan bahagian-bahagian dalaman seperti hard disk dan lain-lain.
Peranan ilmu kimia dalam menyelesaikan masalah global.
1. Bahan bakar – ilmu kimia berperanan dalam penemuan sumber tenaga alternatif, contohnya alkohol, tenaga nuklear, geotermal atau tenaga solar.
2. Teknologi biogas – haiwan ternakan menghasilkan najis dan najis itu menimbulkan masalah seperti bau yang busuk dan dapat menjadi sebab penularan penyakit. Dengan teknologi biogas, masalah tersebut dapat diatasi. Penghasilan tenaga biogas menggunakan najis kotoran haiwan ternakan yang dihancurkan menjadi kecil halus dan dicampurkan dengan air. Hasil teknologi biogas digunakan sebagai sumber tenaga, sebagai contoh lampu dan bahan bakar untuk memasak.
Program langit biru.
Untuk meminimakan pencemaran udara akibat dari penggunaan tenaga tak boleh diperbaharui. Pada ketika ini kenderaan pengangkutan masih lagi menggunakan tenaga bahan bakar minyak seperti petrol, minyak solar (diesel), minyak bahan AUTUR (aviation turbin gas) dan AVGAS (aviation gas oil) yang mengandungi bahan pencemaran. Untuk mengurangkan pencemaran tersebut perlu mencari tenaga alternatif seperti LPG (liquid petrolium gas) dan CNG (compressed natural gas). Bahan bakar tersebut mempunyai koefisyen emisi lebih kecil berbanding dengan petrol atau minyak solar.
Rujukan.
Tamadun Islam, Abdul Rahman Nawas et.al; tahun 1995; Pustaka Haji Abdul Majid.
Al-Quran dan Sains; Dr/ Haji Jamnul Azhar B. Hj. Mulkan; tahun 2001; Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.