Cadangan Aktiviti Untuk Guru Mengajar Kimia SPM

TEMA 1: KEPENTINGAN KIMIA

Tema ini memperkenalkan murid kepada maksud kimia, kepentingan kimia, kerjaya dalam bidang kimia dan bahan kimia dalam kehidupan harian. Di samping itu, aplikasi kemahiran saintifik dan kaedah penyelesaian masalah diperkukuhkan dalam perspektif kimia. 

1.0 PENGENALAN KEPADA KIMIA

STANDARD KANDUNGAN

1.1 Perkembangan Bidang Kimia dan Kepentingan Dalam Kehidupan 

Cadangan aktiviti:

Menceritakan maksud kimia berdasarkan pemahaman murid.

Mengumpul dan mentafsirkan data tentang asal usul perkataan kimia dan maksud kimia.

Mencari maklumat dan membuat poster/ persembahan multimedia/ pameran tentang sumbangan ahli kimia, perkembangan teknologi kimia dan kerjaya dalam bidang kimia serta bahan kimia dalam kehidupan harian.

Menjalankan aktiviti main peranan (role play) kerjaya dalam bidang kimia terkini. 

1.2 Penyiasatan Saintifik dalam Kimia

1.3 Penggunaan, Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti menggunakan dan mengendalikan radas serta bahan kimia dengan betul. Contohnya dalam penyulingan, pentitratan, penurasan, pengumpulan gas, ujian gas, elektrolisis, pemanasan bahan pepejal dan penimbangan bahan pepejal.

Membincangkan kaedah penyimpanan dan pembuangan sisa pepejal (bahan kimia, kaca, getah), bahan yang mempunyai nilai pH < 5 dan pH > 9, pelarut organik, hidrokarbon (gris, minyak, cat minyak), hidrogen peroksida, bahan toksik, logam berat, bahan meruap dan bahan reaktif.

TEMA 2: ASAS KIMIA

Tema ini bertujuan memperkenalkan kimia dari aspek mikroskopik yang merangkumi zarah-zarah, konsep mol dan formula serta persamaan kimia. Pengetahuan ini penting dalam analisis kuantitatif dan kualitatif sesuatu tindak balas. Jadual Berkala Unsur dan ikatan kimia dititikberatkan untuk memahami asas kimia. 

2.0 JIRIM DAN STRUKTUR ATOM

STANDARD KANDUNGAN

2.1 Konsep asas jirim

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk menentukan takat lebur dan takat beku naftalena. Murid ditekankan agar boleh:

(i) memplotkan lengkung pemanasan dan penyejukan

(ii) menentukan takat lebur dan takat beku

(iii) mentafsirkan lengkung pemanasan dan penyejukan.

2.2 Perkembangan model atom

Cadangan Aktiviti:

Menonton klip video tentang zarah-zarah subatom.

Mengumpul maklumat dan menjalankan simulasi/ bercerita/ berlakon/ membuat persembahan atau memahami artikel tentang perkembangan model struktur atom.

2.3 Struktur atom

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti berkumpulan menentukan bilangan neutron, proton dan elektron daripada nombor proton dan nombor nukleon dan sebaliknya

Cadangan Aktiviti:

Menggunakan model atau simulasi untuk mengilustrasikan struktur atom tentang proton dan neutron dalam nukleus dan elektron dalam petala.

Menjalankan aktiviti menulis susunan elektron dan melukis rajah struktur atom bagi 20 unsur yang pertama dalam Jadual Berkala Unsur untuk menunjukkan kedudukan zarah subatom.

2.4 Isotop dan penggunaannya

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti forum atau perbahasan dalam isu melibatkan isotop.

Pengumpulan maklumat contoh-contoh isotop dan kegunaannya dengan menggunakan media interaktif.

3.0 KONSEP MOL, FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

STANDARD KANDUNGAN

3.1 Jisim atom relatif dan jisim molekul relatif

Cadangan Aktiviti:

Membincangkan sebab karbon-12 digunakan sebagai piawai untuk menentukan jisim atom relatif dan jisim molekul relatif.

Menonton klip video atau menjalankan aktiviti tentang jisim relatif.

Menjalankan aktiviti penghitungan jisim relatif dengan kaedah permainan.

3.2 Konsep mol

Cadangan aktiviti:

Membina carta yang menunjukkan hubungan antara bilangan zarah, bilangan mol, jisim bahan dan isi padu gas pada STP dan keadaan bilik.

Menjalankan aktiviti untuk penyelesaian masalah berkaitan bilangan zarah, bilangan mol, jisim bahan dan isi padu gas pada STP atau keadaan bilik.

3.3 Formula kimia

Cadangan Aktiviti:

Mengumpulkan dan mentafsirkan data berkaitan formula kimia, formula empirik dan formula molekul.

Menggunakan simulasi komputer atau tayangan video untuk menunjukkan cara menentukan formula empirik kuprum(II) oksida menggunakan tiub pembakaran.

3.4 Persamaan kimia

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk menulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas seperti:

(i) Penguraian kuprum(II) karbonat (CuCO3)

(ii) Pembentukan ammonium klorida (NH4Cl)

(iii) Pemendakan plumbum(II) iodida (PbI2)

Mentafsir persamaan kimia yang ditulis secara kualitatif dan kuantitatif.

4.0 JADUAL BERKALA UNSUR

STANDARD KANDUNGAN

4.1 Perkembangan Jadual Berkala Unsur

Cadangan Aktiviti:

Membuat carta / persembahan multimedia tentang sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur berasaskan peningkatan nombor proton.

Membincangkan kepentingan pengelasan unsur berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan. Contoh bahan rangsangan ialah carta, jadual, rajah, komik dan artikel.

4.2 Susunan dalam Jadual Berkala Unsur

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti meramal Kumpulan dan Kala suatu unsur berdasarkan susunan elektronnya.

4.3 Unsur dalam Kumpulan 18

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk menghubungkaitkan sifat lengai dengan kestabilan susunan elektron duplet dan oktet unsur Kumpulan 18.

Menonton tayangan video untuk merumuskan kegunaan unsur Kumpulan 18 dalam kehidupan harian.

Membuat model untuk membandingkan sifat fizik dan perubahan sifat fizik menuruni Kumpulan 18.

4.4 Unsur dalam Kumpulan 1

4.5 Unsur dalam Kumpulan 17

Cadangan Aktiviti:

Menonton tayangan video yang menunjukkan tindak balas unsur Kumpulan 17 dengan:

(i) Air

(ii) Logam seperti ferum

(iii) Alkali seperti natrium hidroksida

Tayangan video tentang langkah keselamatan dalam mengendalikan unsur Kumpulan 17.

4.6 Unsur dalam Kala 3

Cadangan Aktiviti:

Membincangkan dalam kumpulan untuk meramalkan perubahan sifat unsur dalam Kala 2

Mengumpulkan maklumat dan membincangkan penggunaan separa logam seperti silikon dan germanium dalam industri mikroelektronik.

4.7 Unsur Peralihan

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti PBL yang berkaitan dengan maklumat ciri-ciri istimewa unsur peralihan dalam bentuk penyelesaian masalah.

Membuat buku skrap/ brosur/ foldable/ poster untuk menyatakan kegunaan beberapa unsur peralihan dalam pelbagai industri.

5.0 IKATAN KIMIA

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Asas pembentukan sebatian

Cadangan Aktiviti:

Membuat lakonan/ simulasi/ memaparkan klip video tentang pembentukan sebatian melalui pemindahan elektron atau perkongsian elektron untuk mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil.

5.2 Ikatan ion

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk menerangkan pembentukan ikatan ion dalam magnesium oksida (MgO), natrium klorida (NaCl) dan natrium oksida (Na2O). 

5.3 Ikatan kovalen

Cadangan aktiviti:

Membina model atau menjalankan simulasi untuk menggambar dan menghuraikan pembentukan:

(i) ikatan tunggal dalam gas hidrogen (H2) dan hidrogen klorida (HCl),

(ii) ikatan ganda dua dalam oksigen (O2) dan karbon dioksida (CO2),

(iii) ikatan ganda tiga dalam nitrogen (N2).

5.4 Ikatan hidrogen

Cadangan Aktiviti:

Membincangkan ikatan hidrogen dalam HF, NH3 dan H2O.

Menerangkan contoh peranan ikatan hidrogen dalam kehidupan harian

(i) Rambut yang dibasahkan melekat kerana ikatan hidrogen;

(ii) Menyelak kertas dengan membasahkan hujung jari supaya melekat pada kertas

Membincangkan keterlarutan dan takat didih bagi sebatian kovalen seperti NH3, HCl dan C2H5OH dalam air.

5.5 Ikatan datif

Cadangan Aktiviti:

Membincangkan pembentukan ikatan datif dalam ion ammonium, NH4+ dan ion hidroksonium, H3O+.

5.6 Ikatan logam

Cadangan Aktiviti:

Menggunakan alat berfikir untuk membanding dan membezakan pembentukan ikatan yang telah dipelajari beserta contoh.

5.7 Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen

Cadangan Aktiviti:

Membincangkan kewujudan daya tarikan Van der Waals dan menghubung kait dengan sifat fizik bahan seperti takat lebur dan takat didih serta kemeruapan berserta contoh.

Menjalankan projek penyelesaian masalah tentang penggunaan sebatian ion dan sebatian kovalen dalam sektor perindustrian, pertanian, perubatan dan kegunaan rumah.

TEMA 3: INTERAKSI ANTARA JIRIM

Tema ini bertujuan memperkenalkan asid, bes dan garam serta kadar tindak balas. Konsep asid dan bes diperkukuhkan berfokus pada sifat-sifat kimianya. Pengetahuan ini boleh diaplikasikan untuk mengkaji bahan dan menyelesaikan isu kontekstual secara kuantitatif dan kualitatif melalui pentitratan dan analisis kimia. Murid juga mengkaji kaedah penyediaan garam dan analisis kualitatif. Interaksi antara bahan-bahan pada kadar yang berbeza juga dititikberatkan. Konsep asas kadar tindak balas boleh diaplikasikan secara kontekstual.

6.0 ASID, BES DAN GARAM

STANDARD KANDUNGAN

6.1 Peranan air dalam sifat keasidan dan kealkalian

Cadangan Aktiviti:

Mendefinisi asid berdasarkan teori Arrhenius.

Menerangkan dengan contoh bahan berasid dan beralkali serta kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian.

Menghuraikan peranan air untuk menunjukkan sifat keasidan dan kealkalian.

6.2 Nilai pH

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk menentukan nilai pH pelbagai bahan dalam kehidupan harian seperti air sabun, minuman berkarbonat, air kopi, teh tarik, jus limau, dan sebagainya.

6.3 Kekuatan asid dan alkali

Cadangan aktiviti:

Menjalankan simulasi untuk menerangkan kekuatan asid dan alkali berdasarkan darjah

penceraian.

6.4 Sifat-sifat kimia asid dan alkali

6.5 Kepekatan larutan akueus

6.6 Larutan piawai

Cadangan aktiviti:

Menyediakan larutan piawai daripada bahan pepejal seperti natrium karbonat (Na2CO3) atau asid oksalik (H2C2O4.2H2O).

Menyediakan larutan piawai melalui kaedah pencairan

6.7 Peneutralan

Cadangan Aktiviti:

Menulis persamaan kimia dan persamaan ion bagi tindak balas peneutralan.

Menjalankan aktiviti PBL untuk menyelesaikan masalah kesuburan tanah dengan menggunakan baja yang sesuai.

Mengumpul maklumat pelbagai jenis baja. Contohnya menghasilkan urea melalui tindak balas antara ammonia dan karbon dioksida dan menentukan kualiti pelbagai jenis baja ammonium di pasaran berasaskan peratus nitrogen. 

6.8 Garam, hablur dan kegunaan dalam kehidupan harian

Cadangan Aktiviti:

Mengumpul dan mentafsirkan maklumat tentang kewujudan garam secara semulajadi.

Menjalankan aktiviti pertumbuhan hablur.

Membuat persembahan multimedia tentang kegunaan pelbagai garam dalam bidang pertanian, perubatan, penyediaan makanan, pengawetan.

Membahaskan kesan garam ke atas manusia.

6.9 Penyediaan garam

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti menulenkan garam terlarutkan melalui kaedah penghabluran semula.

Menyediakan garam tak terlarutkan melalui tindak balas penguraian ganda dua.

Membina persamaan ion bagi pembentukan garam tak terlarutkan melalui kaedah perubahan berterusan.

6.10 Tindakan haba ke atas garam

Cadangan aktiviti:

Menjalankan ujian untuk mengenal pasti gas:

(i) oksigen (O2)

(ii) hidrogen (H2)

(iii) karbon dioksida (CO2)

(iv) ammonia (NH3)

(v) klorin (Cl2)

(vi) hidrogen klorida (HCl)

(vii) sulfur dioksida (SO2)

Membina persamaan kimia bagi tindakan haba ke atas garam

Mengkaji kesan haba ke atas garam karbonat dan garam nitrat.

Memerhati perubahan warna dan pembebasan gas apabila garam dipanaskan.

Mengenal pasti garam berdasarkan warna baki dan jenis gas yang terbebas.

6.11 Analisis kualitatif

Cadangan aktiviti:

Menjalankan ujian untuk mengesahkan kehadiran ion-ion karbonat, sulfat, klorida dan nitrat dalam larutan akueus.

Menjalankan ujian untuk mengenal pasti kehadiran ion-ion Cu2+, Mg2+, Al3+, Fe2+, Fe3+,

Pb2+, Zn2+, NH4+ dan Ca2+ dalam larutan akueus dengan menggunakan larutan natrium hidroksida (NaOH) dan larutan ammonia (NH3).

Menjalankan ujian untuk mengesahkan kehadiran Fe2+, Fe3+, Pb2+ dan NH4+ dalam larutan akueus.

Merancang dan menjalankan ujian mengenal pasti anion dan kation dalam garam yang tidak diketahui.

7.0 KADAR TINDAK BALAS

STANDARD KANDUNGAN

7.1 Penentuan kadar tindak balas

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan eksperimen menentukan masa yang diambil untuk tindak balas berlaku bagi:

(i) zink dan asid

(ii) larutan kalium iodida dan larutan plumbum(II) nitrat.

Menjalankan perbincangan untuk mengenal pasti perubahan yang dapat diperhatikan pada bahan tindak balas atau hasil tindak balas dan menentukan kadar tindak balas.

Menjalankan aktiviti menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan kadar tindak balas termasuk melukiskan graf untuk mengira kadar tindak balas purata dan masa tertentu

7.2 Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas

Cadangan Aktiviti:

Simulasi komputer/ tayangan video dan multimedia untuk mengkaji faktor tekanan ke atas kadar tindak balas.

Tindak balas yang dicadangkan:

(i) Tindak balas antara kalsium karbonat (CaCO3) dengan asid hidroklorik (HCl)

(ii) Tindak balas antara natrium tiosulfat (Na2S2O3) dengan asid sulfurik (H2SO4)

(iii) Penguraian hidrogen peroksida (H2O2) dengan kehadiran mangkin.

Membincangkan penyelesaian masalah berkaitan dengan kadar tindak balas dan menentukan pemboleh ubah dalam suatu tindak balas.

7.3 Aplikasi faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam kehidupan harian.

Cadangan Aktiviti:

Menyelesaikan masalah dalam pelbagai aktiviti kehidupan harian secara lakonan, lawatan lapangan atau perkhemahan.

Membincangkan aplikasi pengetahuan tentang faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam aktiviti harian seperti:

(i) Pembakaran arang

(ii) Penyimpanan makanan dalam peti sejuk

(iii) Memasak makanan dalam periuk tekanan

(iv) Penghasilan ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik dalam industri.

7.4 Teori pelanggaran

Cadangan Aktiviti:

Aktiviti tayangan video, simulasi atau multimedia untuk menunjukkan:

(i) pergerakan dan perlanggaran zarah-zarah dalam tindak balas kimia dan

(ii) pergerakan dan perlanggaran zarah-zarah dalam tindak balas yang dipengaruhi oleh suhu, saiz bahan tindak balas, tekanan, kepekatan dan mangkin.

Mengadakan perbincangan untuk mengkonsepsikan teori pelanggaran dalam tindak balas yang dipengaruhi oleh suhu, saiz bahan tindak balas, tekanan, kepekatan dan mangkin. 

TEMA 4: KIMIA INDUSTRI

Tema ini memperkenalkan sifat bahan-bahan yang digunakan secara meluas dalam pembangunan dan perkembangan teknologi masa kini. Bahan-bahan yang diperkenalkan ialah aloi, superkonduktor, kaca, seramik dan bahan komposit. Bahan-bahan tersebut dikaji dari segi komposisi dan kegunaannya. Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan daripada tema ini untuk mereka cipta prototaip menggunakan bahan-bahan tersebut.

8.0 BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

STANDARD KANDUNGAN

8.1 Aloi dan kepentingannya

Cadangan Aktiviti:

Pertandingan membina model susunan zarah dalam aloi yang paling kukuh dengan menggunakan bebola/ sfera.

Membuat persembahan multimedia atau poster untuk mengaitkan sifat dan kesesuaian contoh aloi dalam kehidupan harian.

8.2 Komposisi kaca dan kegunaannya

Cadangan Aktiviti:

Mengumpul maklumat dan membuat persembahan multimedia tentang jenis kaca, komposisi, sifat dan kegunaan.

8.3 Komposisi seramik dan kegunaannya

Cadangan Aktiviti:

Mengelaskan seramik kepada seramik tradisional dan seramik termaju.

Mengumpul maklumat dan membuat persembahan multimedia tentang pengelasan, sifat dan kegunaan seramik

Menerangkan penggunaan seramik dalam pembinaan rumah berdasarkan sifat seramik. 

8.4 Bahan komposit dan kepentingannya

Cadangan Aktiviti:

Mengumpul maklumat dan membuat persembahan multimedia tentang sifat, contoh dan perbandingan bahan komposit dengan sifat bahan asalnya.

Membina bahan komposit rekaan daripada pelbagai bahan seperti bekas telur, kapas, plastik atau kertas, contohnya, “paper mache” diperkukuhkan oleh dawai. Rekaan tersebut menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis bahan seperti kaca, seramik, aloi dan bahan komposit.

TEMA 5: PROSES KIMIA

Tema ini memberi murid peluang memahami dan mengaplikasikan konsep pengoksidaan dan penurunan dalam tindak balas redoks. Konsep keupayaan elektrod piawai diperkenalkan bagi memahami kekuatan sesuatu bahan sebagai agen pengoksidaan dan agen penurunan. Tindak balas redoks dalam sel kimia dan sel elektrolisis turut dibincangkan. Aplikasi tindak balas redoks dalam industri seperti penyaduran, penulenan logam dan pengekstrakan logam serta kesannya terhadap alam sekitar dikaji. Murid juga didedahkan kepada mekanisme dan kaedah pencegahan pengaratan. 

9.0 KESEIMBANGAN REDOKS

STANDARD KANDUNGAN

9.1 Pengoksidaan dan penurunan

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji tindak balas pertukaran ion Fe2+ kepada ion Fe3+ dan sebaliknya.

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji tindak balas redoks berikut:

(i) penyesaran logam daripada larutan garamnya.

(ii) penyesaran halogen daripada larutan halidanya.

9.2 Keupayaan elektrod piawai

Cadangan aktiviti:

Memaparkan tayangan video/ simulasi sel elektrokimia yang mengandungi sel hidrogen piawai dan sel setengah zink piawai. 

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti hands on dalam menghubung kait agen pengoksidaan atau agen penurunan dengan nilai Eo bagi tindak balas penyesaran. 

9.3 Sel kimia

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti penyiasatan dengan membina sel kimia ringkas dan sel Daniell untuk:

i) mengenal pasti anod dan katod menggunakan pasangan elektrod yang berlainan.

ii) menentukan voltan.

9.4 Sel elektrolisis

Cadangan aktiviti:

Mengelaskan pelbagai bahan kepada elektrolit atau bukan elektrolit.

Membuat pemerhatian dan rumusan tentang elektrolisis daripada persembahan multimedia atau sumber yang dipersembahkan.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji elektrolisis leburan plumbum(II) bromida

Meramalkan hasil elektrolisis beberapa sebatian lebur.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan ekepeimen untuk mengkaji elektrolisis larutan berikut:

(i) asid sulfurik cair (H2SO4) dan larutan kuprum(II) sulfat (CuSO4) dengan menggunakan elektrod karbon.

(ii) asid hidroklorik pekat dan cair dengan menggunakan elektrod karbon.

(iii) larutan kuprum(II) sulfat (CuSO4) dengan menggunakan elektrod kuprum dan elektrod karbon.

Cadangan aktiviti:

Menyediakan persembahan kreatif tentang persamaan dan perbezaan sel kimia dan sel elektrolisis. 

Cadangan aktiviti:

Menulenkan kuprum dan menyadurkan objek logam dengan kuprum secara elektrolisis.

9.5 Pengekstrakan logam daripada bijihnya

Cadangan aktiviti:

Menonton dan menganalisa tayangan video/ simulasi proses pengekstrakan aluminium daripada bauksit.

Cadangan aktiviti:

Menonton dan menganalisa tayangan video/ simulasi yang menunjukkan pengekstrakan besi daripada bijihnya. 

9.6 Pengaratan

Cadangan aktiviti:

Mengeksperimen untuk mengkaji bagaimana tindak balas kakisan logam boleh berlaku kepada kuprum dan ferum.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan logam lain yang bersentuhan dengan besi terhadap pengaratan besi.

Menyelesaikan masalah pengaratan dalam kehidupan.

TEMA 6: KIMIA ORGANIK

Tema ini membincangkan tentang bahan organik asas di sekeliling kita, pengelasan sebatian hidrokarbon berdasarkan siri homolog, sifat fizik dan sifat kimianya. Pengetahuan tentang kaedah penyediaan dan sifat kimia bahan tersebut amat penting dalam aplikasi pemprosesan dan penghasilan bahan komersial dalam industri. 

10.0 SEBATIAN KABON

STANDARD KANDUNGAN

10.1 Jenis-jenis sebatian karbon

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti penyulingan berperingkat petroleum.

Menghasilkan bahan api alternatif daripada sisa organik seperti biogas, biodiesel atau etanol. 

10.2 Siri homolog

Cadangan aktiviti:

Meneroka dan mencari maklumat berkaitan siri homolog.

Mengelaskan pelbagai formula struktur berdasarkan kumpulan berfungsi siri homolog alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik dan ester dengan cara kreatif.

Cadangan aktiviti:

Membina model formula struktur dengan menggunakan kit model molekul organik atau cara kreatif yang lain. 

Cadangan Aktiviti:

Mengenal pasti urutan sifat fizik sebatian sesuatu siri homolog dengan kaedah permainan.

10.3 Sifat kimia dan saling pertukaran sebatian antara siri homolog

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti makmal untuk membandingkan alkana (hidrokarbon tepu) dan alkena (hidrokarbon tak tepu) melalui:

(i) pembakaran (kejelagaan),

(ii) tindak balas kimia dengan air bromin dan larutan kalium manganat(VII) berasid

Menjalankan aktiviti untuk menyediakan etanol melalui proses penapaian.

Menjalankan aktiviti makmal untuk mengkaji pendehidratan dan pengoksidaan etanol.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji sifat kimia asid karboksilik.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti makmal untuk menyediakan pelbagai ester

10.4 Isomer dan penamaan mengikut IUPAC

Cadangan aktiviti:

Membina model formula struktur dengan menggunakan kit model molekul organik atau cara kreatif yang lain.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan perbahasan tentang penggunaan alkana, alkena, alkohol, asid karboksilik dan ester dalam kehidupan harian. 

TEMA 7: HABA

Tema ini menganalisa perubahan haba dalam tindak balas kimia. Haba tindak balas yang dikaji termasuk haba pemendakan, haba penyesaran, haba peneutralan dan haba pembakaran. Aplikasi tindak balas eksotermik dan endotermik dalam kehidupan harian dibincangkan. Pengetahuan tentang nilai bahan api digunakan dalam memilih bahan api harian yang paling sesuai. Daya kreativiti dan inovasi murid dicungkil melalui aktiviti reka cipta produk yang mengaplikasikan pengetahuan tindak balas eksotermik dan endotermik.

11.0 TERMOKIMIA

STANDARD KANDUNGAN

11.1 Perubahan haba dalam tindak balas

Cadangan Aktiviti:

Mengkaji jenis tindak balas berdasarkan perubahan haba dan perubahan bacaan

termometer melalui aktiviti melarutkan bahan berikut dalam air:

(i) natrium hidroksida (NaOH),

(ii) kalsium klorida kontang(CaCl2),

(iii) ammonium nitrat (NH4NO3),

(iv) natrium tiosulfat (Na2S2O3).

Cadangan Aktiviti:

Memaparkan simulasi/ animasi berkomputer, menjalankan aktiviti permainan atau kaedah lain untuk menerangkan perubahan tenaga haba semasa pembentukan dan pemecahan ikatan. 

11.2 Haba tindak balas

Cadangan Aktiviti:

Membandingkan haba penyesaran logam daripada larutan garamnya oleh logam yang berlainan keelektropositifan melalui aktiviti.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan eksperimen untuk membandingkan haba peneutralan bagi tindak balas antara:

(i) asid hidroklorik (HCl) dan larutan natrium hidroksida (NaOH),

(ii) asid etanoik (CH3COOH) dan larutan natrium hidroksida (NaOH),

(iii) asid hidroklorik (HCl) dan ammonia akueus (NH3),

(iv) asid etanoik (CH3COOH) dan ammonia akueus (NH3).

Cadangan aktiviti:

Menjalankan eksperimen untuk membandingkan haba pembakaran bagi metanol (CH3OH), etanol (C2H5OH), propanol (C3H7OH), dan butanol (C4H9OH).

11.3 Aplikasi tindak balas endotermik dan eksotermik dalam kehidupan harian.

Cadangan aktiviti:

Mereka cipta produk yang mengaplikasikan tindak balas endotermik dan eksotermik untuk kegunaan dalam kehidupan harian.

Cadangan aktiviti:

Memilih bahan api harian yang paling sesuai untuk menggoreng telur atau memasak bertih jagung.

TEMA 8: TEKNOLOGI BIDANG KIMIA

Tema ini memberi kesedaran dan kefahaman tentang penekanan kepada aplikasi kimia dalam kehidupan harian dan industri seiring dengan teknologi semasa untuk kemaslahatan masyarakat. Skop polimer yang dikaji merangkumi maksud, pengelasan, kegunaan dan kesan penggunaannya terhadap alam sekitar. Pengenalan kepada industri makanan dan bahan konsumer menggalakkan penglibatan murid dalam bidang keusahawanan. Aplikasi pengetahuan nanoteknologi dan teknologi hijau bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang tanggungjawab mereka terhadap kelestarian alam sekitar.

12.0 KIMIA POLIMER

STANDARD KANDUNGAN

12.1 Polimer

Cadangan aktiviti:

Memerhati dan mengelas pelbagai bahan dalam kehidupan harian mengikut sumber, ciri dan proses polimer dihasilkan.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti untuk menghasilkan dan mengkaji sifat nilon melalui tindak balas antara 1,6-heksanadiamina dan dekanadioil diklorida.

Cadangan aktiviti:

Menghasilkan produk seperti perhiasan, bahan permainan dan lain-lain daripada bahan buangan polimer.

12.2 Getah asli

Cadangan Aktiviti:

Menjalankan eksperimen mengkaji penggumpalan lateks dan kaedah mengelakkan penggumpalan.

Menjalankan aktiviti menyediakan produk lateks.

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti menyediakan getah tervulkan.

Cadangan aktiviti:

Mengkaji sifat kekenyalan getah tervulkan dan getah tak tervulkan melalui eksperimen

 

12.3 Getah sintetik

Cadangan aktiviti:

Menjalankan kajian lapangan atau lawatan ke institut/ industri berasaskan getah.

 

13.0 KIMIA KONSUMER DAN INDUSTRI

 

STANDARD KANDUNGAN

 

13.1 Minyak dan lemak

Cadangan aktiviti:

Mengkaji beberapa jenis minyak yang boleh diperoleh daripada pasaran dari segi ketepuan, sumber, sifat fizik dan sebagainya.

Cadangan aktiviti:

Memaparkan tayangan video tentang proses penghasilan marjerin dalam industri.

Membuat lawatan ke kilang untuk melihat penghasilan marjerin.

Cadangan aktiviti:

Membuat persembahan kreatif tentang lemak tepu dan lemak tak tepu dalam produk makanan dan kepentingannya terhadap gaya hidup sihat.

 

13.2 Bahan pencuci

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti mereka sabun komersial menggunakan minyak masak/ susu melalui proses saponifikasi.

Cadangan aktiviti:

Mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji keberkesanan tindakan pencucian sabun dan

detergen. Mengkaji/ mereka bentuk nisbah komponen bahan tambah serta fungsinya dalam bahan pencuci/ detergen.

 

13.3 Bahan tambah makanan

Cadangan aktiviti:

Menjalankan kromatografi ke atas pewarna makanan.

Menjalankan pertandingan membuat aiskrim/ mayonis/ agar-agar/ dadih. 

Cadangan aktiviti:

Tinjauan/ Projek/ Perbahasan/ Syarahan berkaitan impak bahan tambah makanan kepada nilai nutrein dan fungsi makanan.

 

13.4 Ubat-ubatan dan bahan kosmetik

Cadangan aktiviti:

Mereka bentuk satu poster/ infografik/ brosur yang menggambarkan tahap kesihatan manusia berkurangan kesan dari:

i) Pengambilan makanan yang diproses,

ii) Pengambilan ubatan/ makanan tambahan yang kurang sesuai.

Cadangan aktiviti:

Membuat folio/ buku skrap tentang penggunaan ubat tradisional dan ubat moden dalam kehidupan harian.

Membuat persembahan kreatif yang berjudul “Mengharmonikan perubatan tradisional dan perubatan moden”

Cadangan aktiviti:

Menghasilkan produk kosmetik daripada bahan organik yang boleh dikomersialkan. Contohnya, pewarna rambut, losyen, pewarna kuku, gincu dan lain-lain. 

Cadangan aktiviti:

Mengadakan pameran ubat-ubatan dan bahan kosmetik. 

 

13.5 Aplikasi nanoteknologi dalam industri

Cadangan aktiviti:

Menunjukkan simulasi komputer/ tayangan video yang menunjukkan manfaat ciri-ciri zarah nano.

Cadangan aktiviti:

Lawatan ke premis industri/ agensi yang berkaitan nanoteknologi.

Mengumpul maklumat tentang aplikasi nanoteknologi dalam bidang teknologi makanan, kosmetik, perubatan dan sebagainya.

Mengadakan forum tentang nanoteknologi dan aplikasi dalam kehidupan harian.

 

13.6 Aplikasi teknologi hijau dalam pengurusan sisa industri

Cadangan aktiviti:

Menjalankan projek untuk menghasilkan produk menggunakan bahan hijau. (4R)

Menjalankan aktiviti pengasingan logam berat melalui elektrolisis daripada air sisa. 

Cadangan aktiviti:

Menjalankan aktiviti forum/ kempen/ pameran tentang aplikasi Teknologi Hijau.

Mereka bentuk bangunan hijau.

 

Add Comment